Kehidupan awal Zakaria_Md_Deros

Allahyarham dilahirkan pada 28 September 1946 di Kuala Sungai Baru[2], Melaka. Mula mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka.

Kemudiannya, meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka sehingga ke tingkatan tiga sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Persendirian Institute Tong, Telok Gadong sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jawatan pertama yang disandang ialah pada tahun 1964 sebagai peon di Keretapi Tanah Melayu (KTM) semasa beliau berusia 18 tahun.

Namun, bakatnya dalam bidang perniagaan mulai terserlah apabila pada tahun 1969, mula menceburkan diri secara langsung dengan menubuhkan syarikat Muara View Seafood serta beberapa syarikat lain seperti Syarikat Awaza Sdn Bhd, Syarikat Macinta Sdn Bhd, Masmanis Sdn Bhd, Pertama Ehsan Sdn Bhd, dan Yuntad Sdn Bhd.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Zizah Ngah dan hasil perkongsian hidup dikurniakan 11 orang anak iaitu Zamani, Zaidi, Zanariah, Zainuri, Zuraidah, Zulhisham, Zarina, Zainulliza, Zaremah, Zulaikha Nurain dan zaidil Fitri.